Saturday, 26 November 2011


Apakah Itu Sains ?

Perkataan Sains berasal dari perkataan Bahasa Inggeris, Science yang berpunca dari Bahasa Latin Scientia.  Dalam Bahasa Melayu Lama diistilahkan  sebagai Ilmu. Perkataan Scientist atau saintis pertama diperkenalkan oleh William Whewell (1840) seorang ahli fizik-astronomi-falsafah di Universiti Cambridge menerusi bukunyaThe Philosophy of Inductive Sciences.

Sains boleh ditakrifkan dengan tiga cara iaitu;

*Analisis:
    Penghuraian dalam sebutan komponen atau juzuk sesuatu bidang.

*Fungsian:
    Penghuraian kegunaan atau perkhidmatannya atau penugasannya.

*Operasional:
    Penghuraian prosesnya, cara bidang itu terbit atau menghasilkan sesuatu.

Takrif umum Sains
Ø Longgokan pengetahuan yang tertahkikkan (terbukti kebenarannya)
Ø Sejenis pengetahuan yang bukan berlandaskan kepada intuisi (perasaan/ gerak hati) atau kepercayaan
Ø Berupa pengetahuan yang bersistem yang berasaskan kepada cerapan, kajian, pengujian (eksperimentasi), dan sebagainya.
Ø Berupa pengetahuan daripada nalaran atau maakulan dan mantik gunaan.
Ø Longgokan teknik, kemahiran, kebolehan berasaskan kepada latihan, disiplin dan pengalaman.
Ø Berupa analisis fenomena secara objektif.

“Sains berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik, dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”
There was an error in this gadget